cinta remaja?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Mengasihani..

*pinjam dari google, syukran khatira yang mewujudkan kartun comel ini*
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Mihmihmih, tajuk tu.. lain macam pula lah kan *tutup muka takut kalian syak macam-macam*Okay okay okay.. mari kita sambung,
Cinta?

Love..

Sarang *bahasa kepop*

bukan sarang burung tuu~
Apa baik dan buruknya sebenarnya perkataan keghamat *keramat* itu?Hehehe.. bohong lah siapa yang tak pernah jatuh cinta kan?Cinta kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa? Kan?Jangan ingat cinta tu Cuma cinta kepada manusia..Yang duk I love you baby emmuah emmuah muntah petai kuning aduhai~Even tak makan petai kan..Eh petai sedap ke? Tak pernah pula makan.. orang kata sedap tapi busuk..Peduli hape -,- jauh betul aku menyimpang dari topic.. okay okay~Cinta ada macam-macam sebenarnya..
*garu dagu yang tidak gatal*
Kerana cinta juga remaja sekarang duk terjelepuk ke kancah maksiat!

Hok tu lagu mana pula ni? 
Lagu Hindustan?
 Kepop?Eh lagu ft island yang I wish tu best tau.. try lah *tetibe
Okay..Kalau dalam kes cinta manusia, ia berbalik kepada Agama..
Tanya diri, perasaan kita terhadap dia kerana Cinta kepada / nafsu
Kalau kerana Allah,
Agak sedikit secubit rasa mustahil ada pembuangan bayi, anak luar nikah, dan macam-macam ada~
Tapi kalau perasaan terhadap orang tu kerana nafsu,Memang tak mustahil semua tu akan dilakukan..
Kadang-kadang terfikir juga, macam mana kita boleh terjebak dengan semua tu..Sedangkan COUPLE tu tak ada disebut pun dalam Islam..
Islam mengajar kita bercinta selepas kahwin..
Cinta itu fitrah manusia..
Semua manusia akan rasa..
Tapi kalau dosa cinta itu tergantung kepada orang yang rasa ‘cinta’ tu..
Islam ajar kita, kalau cinta terhadap seseorang, rindu terhadap seseorang,Luah kepada Allah swt..
Bukannya meluah kepada orang yang kita ada perasaan terhadapnya..Si dia itu milik Allah..
Hatinya milik Allah..Mintalah pada Allah..
Jangan malukan diri sendiri dengan meluahkan segala rasa di hati..
Ingat, dia bukan mahram kita..
Lebih-lebih lagi kita perempuan..
Saya dah banyak lalui..Dah rasa semua tu..
Sangat merugikan diri..
Ya..Saya lalui,Saya rasai,Saya sesali..
Masih belum terlambat untuk menyesal..Kiamat memang sangat dekat, tapi belum berlaku..Masih ada peluang untuk perbaiki diri..
Anda masih hidup..Bernyawa, anggota badan cukup sifat..Mohon kehormatan juga dijaga.. tak perlu digadai untuk cinta yang belum pasti di mana hujungnya,
Bagi saya,Cinta itu seperti pokok..Benih nya itu kita dan pasangan..Air, cahaya matahari, ruang dan udara ibarat cinta, kasih sayang, kesetiaaan dan kejujuran..Cukup semua keperluan asas itu, baru biji benihnya akan bercambah..Semakin membesar..Dan apabila semakin tinggi pokoknya,Semakin kuat angin yang bertiup..Itulah rumah tangga..
Dalam kekecohan itu,Berbaliklah pada Islam..Hukum untuk suami isteri..Seorang suami yang tahu tanggungjawabnya dan tahu hukum hakam dalam Islam,inshaaAllah akan boleh membimbing isterinya ke syurga..itu tugas sebenar seorang suami di samping mencari nafkah untuk keluarga yang dibina..manakala isteri pula, mengikuti dan mematuhi arahan suami..kerana, dosa isteri, syurga nerakanya, terletak pada suaminya..suaminya tidak akan menyuruh yang bukan-bukan dan zalim kepadanya jika suaminya tahu hukum hakam Islam,
indahnya kan? Semua yang dilakukan ialah ibadat..

tapi?!
Apa jadi kepada anak muda sekarang?Boyfriend sudah dianggap seperti suami… mungkin lebih…
Saya pernah couple..
Rasa geli geleman tahap nak muntah petai kuning bila teringat semua ‘kenangan pahit’ tu..Kenangan pahit yang macam mana?
Ehem~Bersayang sayang, bercintan cintun, ke till Jannah nya lagi kau~Saaaaaaangat melalaikan ya Allah ya Tuhanku ampuni dosaku yang lalu ya Allah..Tapi bersentuhan tu rasanya tiada yang keterlaluan..Sekali sahaja sentuh.. saksinya ialah jari telunjuk, satu jari sahaja, yang menyentuh luka si pulan..
Itu pertama dan terakhir..Dan itu couple yang terakhir..Biarlah yang seterusnya ini yang Halal ya Allah..
Yang dari Engkau..
Yang Engkau redai kerana dia yang kau kirim untuk menjaga aku hingga ke akhir hayatku ya Allah..
Tidak sanggup terjebak dengan permainan yang dicetus oleh Yahudi tetapi disertai oleh umat Islam..
Dan aku salah satunya..Alhamdulillah kerana hidayah Allah datang sebelum aku menutup mata buat selamanya..
Aku tahu Allah sayangkan aku..
Sayangkan semua orang..

Bohong lah kalau tidak pernah terfikir akan jodoh dan masa depan..
Kadang-kadang terasa ingin tahu, masa depan aku macam mana..
Seindah dalam novel cinta mungkin?
Tetapi yang aku tahu, Allah telah persiapkan yang terbaik dan terindah untuk aku..
Seindah apa agaknya..?
Teringat pula kisah Adam dan Hawa..Kerana syaitan lah mereka terpisah..Syaitan tidak pernah menyesal dan serik..Allahu,Dan apabila mereka dipisahkan di dunia,Dalam jangka masa yang sangat lama..Jarak mereka sangat jauh,Tetapi kerana cinta agung dari Allah,Dan dibantu oleh kesetian sesama mereka,Akhirnya bertemu juga..subhanAllah..
kisah cinta manusia berlainan.. tidak sama..
ada yang macam ini, macam itu..
berdoalah sama-sama agar dielakkan dari keterlanjuran kerana nafsu syaitan,
kenal pasti cinta itu kerana dia atau kerana nafsu semata..
LILLAHITA’ALA itu yang utama..
update ini sungguh bukan untuk singgung perasaan sesiapa,bukan untuk mengaibkan diri sendiri,cuma bercerita dan berkongsi..sangat berharap ia bermanfaat dan dapat beri kebaikan bersama
Saya kongsi bersama, anda terima dengan hati terbuka, kita sama-sama ke syurga..Ameen..
yang baik dari Allah, yang buruk dan kurang dari saya..Assalamualaikum wbt ;)


sejak akhir-akhir ini..........................

segala puji bagi Allah..
assalamualaikum wbt..

bercakap pasal sejak akhir - akhir ini....
makin bertambah kes di Malaysia..
terutama yang menimpa saya..

sejak akhir akhir-akhir ini,
SAYA KETAGIH NAK BACA NOVEL 







ala awak ni, jangan ah centu.. *teddih

k stop mengada.. back to the topic..
tak tahu lah apa sebabnya..
tapi saaaaaaaaaaaaaaangat ketagih..
ketagih novel.. offo..
kira okay lah daripada ketagih dadah yang memudaratkan diri tu kan? ;)

seriously..
masa lapang sekarang noooooooovel saja kerjanya..
terutama novel ni..

*bunyi drum*
tadaaaaaa


*muka eksaited* <--- *sakai

okay..novel ni..
serioua sweeeeeeeeeeet kalah gula-gula yg sekali makan terus kena kencing manis..

kenapa?
dia kahwin konsep fairy tale..
masuk-masuk dewan je ada snow *jealous
dia honeymoon dekat switzerland *jealous
suami dia baik to the max *pengsan

tiada perkataan lain melainkan SWEET + BEST..
you must try it!
go go go!
terbitan karya seni..
fuuuuu..
try tau tau tau! 
good luck ;D see yah!
assalamualaikum

p/s : biarpun perjalanan cinta kita kelak tidak semanis dalam novel cinta,
inshaaAllah, itu yang termanis dari Allah.. ameen