skip to main |
skip to sidebar
cinta remaja?
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
dan Maha Mengasihani..
*pinjam dari google, syukran khatira yang
mewujudkan kartun comel ini*
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..
Mihmihmih, tajuk tu.. lain macam pula
lah kan *tutup muka takut kalian syak macam-macam*Okay okay okay.. mari kita sambung,
Cinta?
Love..
Sarang *bahasa kepop*
bukan sarang burung tuu~
Apa baik dan buruknya sebenarnya
perkataan keghamat *keramat* itu?Hehehe.. bohong lah siapa yang tak
pernah jatuh cinta kan?Cinta kepada Allah, Rasulullah, ibu
bapa? Kan?Jangan ingat cinta tu Cuma cinta
kepada manusia..Yang duk I love you baby emmuah emmuah
muntah petai kuning aduhai~Even tak makan petai kan..Eh petai sedap ke? Tak pernah pula
makan.. orang kata sedap tapi busuk..Peduli hape -,- jauh betul aku menyimpang
dari topic.. okay okay~Cinta ada macam-macam sebenarnya..
*garu dagu yang tidak gatal*
Kerana cinta juga remaja sekarang duk
terjelepuk ke kancah maksiat!
Hok tu lagu mana pula ni?
Lagu
Hindustan?
Kepop?Eh lagu ft island yang I wish tu best
tau.. try lah *tetibe
Okay..Kalau dalam kes cinta manusia, ia
berbalik kepada Agama..
Tanya diri, perasaan kita terhadap dia
kerana Cinta kepada / nafsu
Kalau kerana Allah,
Agak sedikit secubit rasa mustahil ada
pembuangan bayi, anak luar nikah, dan macam-macam ada~
Tapi kalau perasaan terhadap orang tu
kerana nafsu,Memang tak mustahil semua tu akan
dilakukan..
Kadang-kadang terfikir juga, macam
mana kita boleh terjebak dengan semua tu..Sedangkan COUPLE tu tak ada disebut
pun dalam Islam..
Islam mengajar kita bercinta selepas
kahwin..
Cinta itu fitrah manusia..
Semua manusia akan rasa..
Tapi kalau dosa cinta itu tergantung
kepada orang yang rasa ‘cinta’ tu..
Islam ajar kita, kalau cinta terhadap
seseorang, rindu terhadap seseorang,Luah kepada Allah swt..
Bukannya meluah kepada orang yang kita
ada perasaan terhadapnya..Si dia itu milik Allah..
Hatinya milik Allah..Mintalah pada Allah..
Jangan malukan diri sendiri dengan
meluahkan segala rasa di hati..
Ingat, dia bukan mahram kita..
Lebih-lebih lagi kita perempuan..
Saya dah banyak lalui..Dah rasa semua tu..
Sangat merugikan diri..
Ya..Saya lalui,Saya rasai,Saya sesali..
Masih belum terlambat untuk menyesal..Kiamat memang sangat dekat, tapi belum
berlaku..Masih ada peluang untuk perbaiki
diri..
Anda masih hidup..Bernyawa, anggota badan cukup sifat..Mohon kehormatan juga dijaga.. tak
perlu digadai untuk cinta yang belum pasti di mana hujungnya,
Bagi saya,Cinta itu seperti pokok..Benih nya itu kita dan pasangan..Air, cahaya matahari, ruang dan udara
ibarat cinta, kasih sayang, kesetiaaan dan kejujuran..Cukup semua keperluan asas itu, baru
biji benihnya akan bercambah..Semakin membesar..Dan apabila semakin tinggi pokoknya,Semakin kuat angin yang bertiup..Itulah rumah tangga..
Dalam kekecohan itu,Berbaliklah pada Islam..Hukum untuk suami isteri..Seorang suami yang tahu
tanggungjawabnya dan tahu hukum hakam dalam Islam,inshaaAllah akan boleh membimbing
isterinya ke syurga..itu tugas sebenar seorang suami di
samping mencari nafkah untuk keluarga yang dibina..manakala isteri pula, mengikuti dan
mematuhi arahan suami..kerana, dosa isteri, syurga nerakanya,
terletak pada suaminya..suaminya tidak akan menyuruh yang
bukan-bukan dan zalim kepadanya jika suaminya tahu hukum hakam Islam,
indahnya kan? Semua yang dilakukan
ialah ibadat..
tapi?!
Apa jadi kepada anak muda sekarang?Boyfriend sudah dianggap seperti
suami… mungkin lebih…
Saya pernah couple..
Rasa geli geleman tahap nak muntah
petai kuning bila teringat semua ‘kenangan pahit’ tu..Kenangan pahit yang macam mana?
Ehem~Bersayang sayang, bercintan cintun, ke
till Jannah nya lagi kau~Saaaaaaangat melalaikan ya Allah ya
Tuhanku ampuni dosaku yang lalu ya Allah..Tapi bersentuhan tu rasanya tiada yang
keterlaluan..Sekali sahaja sentuh.. saksinya ialah
jari telunjuk, satu jari sahaja, yang menyentuh luka si pulan..
Itu pertama dan terakhir..Dan itu couple yang terakhir..Biarlah yang seterusnya ini yang Halal
ya Allah..
Yang dari Engkau..
Yang Engkau redai kerana dia yang kau
kirim untuk menjaga aku hingga ke akhir hayatku ya Allah..
Tidak sanggup terjebak dengan
permainan yang dicetus oleh Yahudi tetapi disertai oleh umat Islam..
Dan aku salah satunya..Alhamdulillah kerana hidayah Allah
datang sebelum aku menutup mata buat selamanya..
Aku tahu Allah sayangkan aku..
Sayangkan semua orang..
Bohong lah kalau tidak pernah terfikir
akan jodoh dan masa depan..
Kadang-kadang terasa ingin tahu, masa
depan aku macam mana..
Seindah dalam novel cinta mungkin?
Tetapi yang aku tahu, Allah telah persiapkan
yang terbaik dan terindah untuk aku..
Seindah apa agaknya..?
Teringat pula kisah Adam dan Hawa..Kerana syaitan lah mereka terpisah..Syaitan tidak pernah menyesal dan
serik..Allahu,Dan apabila mereka dipisahkan di
dunia,Dalam jangka masa yang sangat lama..Jarak mereka sangat jauh,Tetapi kerana cinta agung dari Allah,Dan dibantu oleh kesetian sesama
mereka,Akhirnya bertemu juga..subhanAllah..
kisah cinta manusia berlainan.. tidak
sama..
ada yang macam ini, macam itu..
berdoalah sama-sama agar dielakkan
dari keterlanjuran kerana nafsu syaitan,
kenal pasti cinta itu kerana dia atau
kerana nafsu semata..
LILLAHITA’ALA itu yang utama..
update ini sungguh bukan untuk singgung perasaan sesiapa,bukan untuk mengaibkan diri sendiri,cuma bercerita dan berkongsi..sangat berharap ia bermanfaat dan dapat beri kebaikan bersama
Saya kongsi bersama, anda terima
dengan hati terbuka, kita sama-sama ke syurga..Ameen..
yang baik dari Allah, yang buruk dan kurang dari saya..Assalamualaikum wbt ;)