the story begins,
assalamualaikum wbt..
this first story semasa NAK PERGI ke pulau bawean.
just about nak naik kapal terbang..
hadiah untuk 5A's UPSR daripada mak..
i love her,
bismillahirrahmanirrahim..
********************************
Terasa berat kaki
untuk meninggalkan rumah sendiri..
Uncle yang nak hantar ke KLIA telah pun
menunggu di luar rumah..
Dengan perlahan,
kaki melangkah..
Bismillahirrahmanirrahim..
perjalanan agak lancar..
kerana bertolak dari rumah sejurus selepas waktu subuh..
air mata masih belum berhenti dek kerana berat hati yang tidak terelak..
tinggalkan rumah,
tinggalkan adik saudara,
hanya aku, ibu saudara ku dan aunty..
sedih, teruja, gembira, semuanya berbaur jadi satu..
mentari pagi semakin menujukkan sinar indahnya..
ciptaan Allah.. siapa yang boleh menafikan keindahannya?
langit semakin cerah dan terbuka..
dengan kiri kananku yang penuh dengan pemandangan kehijauan..
pujian ku terhadap Sang Maha Pencipta tidak putus-putus..
subhanAllah..
kali pertama aku jejakkan diri ke KLIA ialah sewaktu menghantar nenek untuk pergi menunaikan Haji..
terasa cemburu kerana tidak mampu mengikuti jejaknya..
tanpa sedar,
aku sudahpun tiba di pintu hadapan KLIA.. dan dihalau oleh pakcik pemandu kereta itu untuk turun. hahaha,

jauh berangan, dah sampai pun tidak sedar..
jejak kaki sahaja atas lantai KLIA,
rasa gembira timbul..
ibarat mimpi pula kerana akan menaiki kapal terbang Air Asia..
sebelum pergi ke ruang menunggu pesawat,
pasport ni kena hentak-hentak dulu, *cop*
ada ke patut kena marah waktu nak cop keluar..
aunty intan punya pasport merah..
intan dengan mak *saudara* punya hijau..
sebab passport indonesia..
kena tengking waktu tu sebab penjaga tu kata passport intan kosong..
lama-lama penjaga tu sedar,
yang pasport tu pasport anak angkat..
sebab tu lain sikit..
dan penjaga tu minta maaf,
dan kemudian, dia jadi semakin mesra..
lain kali, kena teliti sewaktu bekerja, okay pakcik penjaga ku sayang?
dan...................
LEPAS!
intan dengan mak pergi jumpa aunty..
mata aunty dah merah-merah, sebab dia menangis..
mula-mula panik juga kenapa dia tiba-tiba nangis.. then dia cakap
'' Saya ingat akak dengan intan dah pergi, tinggal saya, saya naik turun tak jumpa-jumpa''
*padahal kitorang tersekat*
mak pergi gelakkan aunty..
funny there.. xD
selesai bincang-bincang,
intan cakap kat mak, nak pi watson..
nak beli somethings..
barang dia mahal sikit mungkin, biasalah lapangan terbang~
dan,
kami pergi ke platform untuk naik pesawat yang telah ditetapkan..
Allah sahaja yang tahu macam mana berdebarnya..

lebih kurang macam itu lah ruang menunggunya ;)
boleh tahan lama tau waktu tunggu pesawat..
dan akhirnya,
pintu untuk keluar ke pesawat dah dibuka untuk platform kami.
tapi aneh, mana kapal terbangnya?
laaaaahai,
bukan main jauh lagi kapal terbang air asia kami,
dan sepanjang berjalan ke kapal terbang,
ada pramugari dan pramugara air asia..
yang lelakinya kacak,
yang perempuannya cantik,
budi bahasa mereka pun bagus..
sentiasa senyum..
kalau tidak kerana senyum, pasti kapal terbang tu kosong kan?
ya Allah..
gembiranya waktu pesawat tu nak berlepas Allah sahaja yang tahu,
excited to the max tapi sayang, saya tak berani ambil gambar semaktu nak berlepas..
kerana, ada penumpang yang telah ditegur oleh pramugara,
hanya mampu lihat guna mata, dan simpan di minda.
sewaktu dah ada di atas awan,
nampak juga lah awannya..
mak dengan aunty dah tidur,
syok aih intan sebab duduk tepi tingkap. tengok ke luar,
awan,
bentuk malaysia,
seronok sangat..
tak boleh digambar dengan kata-kata..

sewaktu dalam pesawat tu,
pramugari dan pramugaranya offer macam-macam benda,
intan ada beli satu teddy and jam air asia,
tapi dah lesap entah ke mana,
tinggal jam nya sahaja, anak patungnya sudah menghilang, mungkin dicuri perompak,
good bye Kuala Lumpur.
Assalamualaikum Surabaya.




