saya bukan penulis cerpen.

salam ramadhan.
cerita rekaan semata-mata.


TERLALU benci ,TERLALU cinta?

“Jannah! wake up! dah lewat dah ni! harini hari first kau masuk sekolah baru! cepat bersiap!” suara kakak menjerit membangunkanku. “Akak , jangan lah sampai menjerit. Boleh pecah gegendang telinga Jannah nanti!” balasku. Penuh selamba kakakku menjawab “alah, kau tu selagi aku tak keluarkan suara emas aku tu, selagi tu kau tak bangun. Kau tu dah la jenis yang susah nak bangun pagi! Bila suruh bangun je, tumbang balik. Ingat sikit, kau tu dah tingkatan empat! Bukan darjah empat! TINGKATAN dik, tingkatan okay.” Sambil berjalan terhuyung-hayang ke bilik mandi, aku pun membalas “baiklah cik syafira a.k.a kakak tunggalku yang baik hati lagi comel. Nasihat anda akan saya semat didada walaupun tak lama. Okay, saya tipu. Hehehe.”

          SMK Alam Shah. Sekolah yang boleh dikatakan mempunyai ramai pelajar yang genius lagi cerdik. “Ya Allah, semoga hari pertamaku ini berjalan dengan lancar. InsyaAllah dengan izin-Mu YA Allah,” harapanku. Sejak kecil, aku seorang yang mudah berkawan. Namun, kadang kala aku berasa risau, takut salah memilih kawan kerana mereka akan memberikan banyak kesan kepada diriku. Jujur, aku seorang yang selesa berbual dengan rakan berbanding dengan guru. Rita, Izzah, Ina, dan Naila,  ialah rakan-rakan karibku di sekolah lama. Ya Allah, betapa rindunya aku pada mereka. Gelak tawa? Gurau senda? Aku amat merindui semua itu. “Assalamualaikum, student  baru ke?” sapa satu suara yang sekaligus mematikan lamunanku tadi. Aku menoleh dan membalas, “wa’alaikumussalam, ya. Saya student baru. Nama saya Nur Jannah. Awak?” Gadis tadi tersenyum dan berkata , “saya Alisya Hirdania. Panggil saya Isya je. Sama lah kita! Isya pun student baru. Tingkatan 4 jugak. Fuh! Nasib baik dah jumpa geng. Hihi. Ni? Nak panggil apa?” Aku membalas, “panggil saya Anna  je. Alhamdulillah, dapat pun kawan baru! Haha. Eh, loceng dah bunyi. Jom-jom pergi perhimpunan.” Isya  membalas, “Haha. Okay-okay. Jom.”

          Aku dan Isya mengambil aliran yang sama iaitu aliran sains. Secara kebetulan, subjek tambahan kami juga sama. Oleh sebab itu, kami sentiasa bersama ketika hendak pergi kemana-mana sahaja. Ketika dalam perjalanan ke kantin sekolah, seorang murid lelaki telah melanggar ku dari arah belakang. Air minuman yang tadinya berada di dalam cawan, kini habis tertumpah ke lantai. Murid tersebut tiba-tiba memarahiku, “wey! Lain kali kau boleh tak ke tepi? Jalan ni bukan nya kau seorang je yang nak guna! Orang lain nak lalu juga! Yang kau pergi lalu tengah-tengah mengalahkan datuk Bandar apa hal? Ish!” Tudung sekolah baju kurungku basah. Mujur lah warna air itu tidak terlalu pekat. Aku melihat ke arah murid tersebut. Tertera nama nya, ‘Muhammad Rizqin’. “Sedap gila nama, muka pun handsome, tapi sayang perangai mengalahkan samseng choki-choki. Eh? Ada ke? Ahh, kisah apa aku” aku bermonolog sendiri. Tiba-tiba dia menolak dahiku dan berkata “woi! Kau dengar ke tak apa  aku cakap? Ke tak ada telinga? Hello! Kau pekak ke? Cik  Jannah? Are you hear me?” Kesabaranku telah habis, si Rizqin ni melampaui batas! “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Rizqin. Sekarang ni siapa  langgar siapa? Langgar dari arah mana? Awak yang langgar saya dari arah belakang right? Untuk pengetahuan awak, saya bukan sengaja lalu tengah-tengah. Tak nampak ke? Tadi tepi kanan kiri penuh dengan murid lain? Lepastu, awak tu patutnya guna mata elok-elok. Pandang depan. Ke buta? Nak kata buta, boleh lagi baca name tag saya ni kan? Ni lagi satu! Ada lesen ke, suka-suka je nak tolak kepala anak orang? Mak ayah saya pun tak pernah buat? Ini awak? Ish! Muka handsome, nama lagi lah handsome, tapi perangai? MashaAllah, teruk sungguh. Tak ada adab langsung. Dah buat silap bukan minta maaf, tapi makin ditambah silapnya. Mulut awak ni tak pernah dididik ke? Cakap kasar sekasar kertas pasir dengan perempuan.Teruk nya awak ni?! Ish! Saya tak kira, ganti rugi sekarang, cash! Money! No credit-credit! No excuses! Now!” murid lelaki itu tadi memandangku  dengan pandangan yang sangat sombong dan riak. Dia membalas “ha? Ganti rugi? Apasal tak insurans kematian sekali? Bukan main lagi kau nak cakap aku itu ini kan? Dah! Aku malas nak layan kau! Semoga berjumpa lagi! Bye-bye!”

          Aku dan Isya mengambil seni grafik sebagai subjek tambahan. Sewaktu kelas tambahan grafik, aku menceritakan peristiwa sewaktu di kantin tadi kepada Isya. “ha? Anna berlanggar dengan  Rizqin tu? Isya baru kenal tadi. Isya Nampak dia  waktu Isya nak naik ke kelas. Handsome kan dia tu? Hihi. Mesti best kalau dapat boyfriend handsome macam dia. Tapi, Isya tak puas hati lah yang Anna cakap dia biadap macam samseng kinder joy tu. Eh? Salah, samseng choki-choki. Ha, jahat rupanya si handsome tu kan? Ish, tak sangka lah. Reject lah nak list as calon boyfriend. Perangai kurang diajar. Tak cukup garam tak cukup gula lah perangai dia. Kena bagi complete. Anna  tak la……….”  Tiba-tiba, “Assalamualaikum cikgu. Maaf saya lewat” sapa satu suara yang datangnya dari luar bilik seni. Aku dan Isya tergamam seketika kerana kurang percaya dengan apa yang sedang berlaku di hadapan mata kami. Rizqin memandang tepat ke arah kami sambil mengerutkan dahinya. “Macam mana awak boleh lewat? Biasanya awak datang tepat pada masanya? Awak push-up 25 kali, sekarang!” arah Encik Irham kepada Rizqin. Dengan terpaksa, Rizqin  melaksanakan arahan Encik Irham. “Padan muka kau. Hahaha. Tu la, cari pasal lagi dengan Nur Jannah bt Muhammad. Kan sudah jatuh ditimpa tangga? Kesian awak Rizqin a.k.a samseng choki-choki. Hehehe. I hate you so much si samseng choki-choki.” bisikku dalam hati.

          Di rumah, ibu dan ayah bertanya tentang hari persekolahanku yang pertama. Aku hanya menyatakan yang postif sahaja kerana tidak mahu mereka banyak bertanya. Di dalam bilik, aku teringatkan peristiwa pagi tadi semula. Hmm.Muka je handsome, tapi perangai. Aduhai. Ini lah yang orang cakap, ‘don jaj e buk bai its kaver’. Garang-garang pun, makan choki-choki juga mamat tu. Yang sekarang ni, aku terfikir dia kenapa? Macam tak ada kerja je. Huh?! Geramnyaaa! Tanpa aku sedari, aku menjerit kerana terlalu geram. Ya! Sangat geram! Tidak semena-mena telinga ku ditarik oleh seseorang. Aduh! Sakitnya! “Anna, jangan la ganggu kakak tidur. Akak ada class lah esok. Lambat nanti, matilah akak” tegur kakakku . “Maafkan saya, kakak”. Ni semua salah mamat tu. Bukan salah aku. Eh betul lah. Mamat tu yang salah, tiba-tiba masuk dalam otak apahal?! Choki-choki sungguh lah! Ish!

    “Mama, nak ucu la. Adik dahaga”, sapa satu suara. Ya Allah. Jauhnya aku termenung. Qila, sedang duduk di lantai sambil memuncungkan mulutnya. Sudah bertahun peristiwa tersebut berlalu. Tapi, aku masih tidak boleh melupakannya. “Maafkan mama sayang, okay jom pi buat. Qila dahaga ya?” pujukku. “Mestilah. Dari tadi, adik panggil mama, mama diam je. Dah macam Barbie Qila je. Tak bergerak. Cepat la ma” ajaknya manja. “Kesiannya sayang mama seorang ni, okay-okay. Jom”.

    Terdengar bunyi enjin keretanya. Dia, sudah pulang. Aku pergi mendapatkannya. Dia kelihatan tersangat letih. Aku tersenyum dan memeluknya. “Kesian awak, penat kerja? Pergi mandilah. Bau kambing”, kataku. “Bau kambing pun, suami awak okay Puan Nur Jannah bt Muhammad” , jawabnya. Aku hanya tersenyum dan membiarkan dia berlalu.

    Sewaktu menonton televisyen, dia menyapaku “Sayang, tadi Qila cerita kat saya yang awak diam masa dia minta susu, betul ke?”. Ya Allah, anak aku seorang ni, kuat sungguh mengadu dekat ayahnya. Aduhai. Terpaksa jawab lah ni. “Hihi, ya. Sebenarnya. Saya teringatkan sesuatu tadi. Maaf. Saya nak Tanya sesuatu boleh?”. Dia memandang wajahku dan membenarkan. “Awak, ingat tak dulu, beberapa tahun lalu, kita pernah ‘bergaduh’ kat sekolah? Awak langgar saya, tolak kepala saya, cari pasal dengan saya?”, soalku. “Oh, teringat benda tu rupanya. Haha! Ingat. Saya suka tengok awak marah. Tak tahu lah kenapa, tapi saya rasa sebab buruk sangat agaknya”, jawabnya selamba. Menyesalnya aku tanya. Melihat aku diam tanpa apa-apa kata, dia berkata, “awak, saya masih ingat semua tu. Sebab masa itu lah kali pertama saya jumpa awak walaupun tak kenal. Saya ingat semua tu. Okay?”, terangnya lalu mencium pipiku.

    Tiba-tiba Qila merenung tepat ke arah kami. Dia tersenyum manja. Dia menghulurkan tangannya untuk didukung. “Papa, cium la Qila pula. Takkan mama je?” pintanya rajuk. “iye iye lah. Nah. Ini untuk Qila, yang ni, untuk mama”, jelas ayahnya. Takdir ini sangat tidak disangkal oleh akal. Jodohku pada masa kini, adalah musuhku pada masa lalu. Muhammad Rizqin, suami ku selamanya. Puteri Nur Aqilah, puteri ku yang pertama.
insyaAllah~ Allah tahu yang terbaik.


cinta selepas kahwin adalah yang terbaik. trust me :)



maaf, jika ada kekurangan.

saya bosan.
dan, saya bukan penulis cerpen.
sekian.
assalamulaikum.